Showing posts with label Petua Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikkan. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Mengelakkan Rambut Gugur

Salam

lamanya aku tak meng"update" petua kat sini. Sorry lah..bukan terlupa, but last week quite a busy week for me coz my parents paid me a visit. Bukan senang Mama dan Abah nak melawat anak yang satu ni. Kena naik bus pagi-pagi buta then naik flight untuk seberang laut. Apapun I was really happy when they were in here...sampai nak on lappy pun tak ada masa.

Ok lah..kali ni aku nak bagi petua untuk melebatkan rambut. Kalau dulu orang kata RAMBUT ITU MAHKOTA WANITA. Tapi sekarang aku rasa rambut bukan saja penting untuk wanita tapi juga untuk lelaki. Kalau tak, tak kan lah korang selalu nampak abang-abang jadi model dalam rancangan Yun Nam Hair Care. Betul tak?!!! Bagi sesetengah wanita pula meskipun bertudung, mesti kita rimas kan kalau rambut asyik gugur ( ponat lah hari-hari nak menyapu lantai ). 

Ini ada satu petua untuk mengelakkan rambut gugur. Ambil sebiji LIMAU NIPIS dan perahkan airnya. Campur dengan PATI SANTAN PEKAT. Lumur atas kepala dan balutkan dengan towel kecik. Biarkan kering. Kemudian basuh rambut dengan shampoo. Amalkan dua kali seminggu. InsyaAllah rambut gugur akan berkurangan. 



Kalau tak ada limau nipis, lumurkan saja pati santan atas kepala. Aku selalu amalkan bila ada lebihan pati santan untuk buat pajeri nenas. Hehehe... tapi bila hubby aku balik kerja, dia akan nyanyi "Aci Aci buka pintu.. Nana balik pukul satu". 

Monday, November 21, 2011

Minyak Masak Penawar Tumit Pecah

Salam
Anda pernah tak lalu depan kesai kasut dan ternampak satu high heels comel and cute. Anda terus cuba tapiiiiiiiiiii..owh no..TUMIT KAKIKU PECAH !!!!!!!!!!!!!!!!!! Pernah tak? Pernah tak? Aku pernah juga ada pengalaman macam ni. Biasanya aku bagi alasan "Sorry la dik..kasut ni cantik tapi kurang selesa sikit bila akak pakai". Hehehehe..pandai-pandai la kan nak me"reject" something (padahal nak cakap.."sorry la dik..kaki akak berkerak. Malu lah nak pakai sandal comel ni"). Rugi kan terpaksa mengucapkan "Bye Bye" pada sepasang heels yang comel.


Ok lah ini ada satu petua yang mungkin dapat membantu anda. Sebelum tidur, cuci kaki sampai bersih. Jika perlu berus, sila berus dengan berus lembut (berus gigi yang dah kembang pun boleh). Selepas itu keringkan kaki  anda dan tuangkan sedikit MINYAK MASAK ditapak tangan. Lumurkan minyak pada tumit kaki. Kalau anda anda masa, urut sekejap agar minyak dapat meresap ke dalam kulit. Biarkan semalaman. Lakukan setiap malam selama seminggu. InsyaAllah tumit kaki anda akan beransur-ansur lembut dan licin. Kalau anda rasa takut minyak terkena cadar, anda boleh pakai stoking as protection. 

Semua gambar ihsan dari Google
Aku selalu juga guna petua ni..tapi instead of minyak masak, aku gantikan dengan MINYAK GAMAT or OLIVE OIL. Kalau dah desperate sangat baru aku paw minyak masak mak aku. Hehehe...Kalau paw selalu sangat nanti tak bergoreng pulak ikan kat rumah ni. Ok lah selamat mencuba petua ni.

Saturday, November 19, 2011

Hilangkan Bintik Hitam dan Putih

Salam
Lama tak update blog ni. Nasib En dan Pn Spider belum sempat buat sarang. Entry kali ni, saya nak berleter pasal cara untuk HILANGKAN BINTIK HITAM DAN PUTIH. Pernah tak anda anda dan anda mengalami masalah ini? Aku selalu jugak. Sometime terpaksa tempek foundation tebal sikit supaya boleh cover bintik-bintik yang tak diingini. Bagi siapa-siapa yang ada masalah yang sama macam aku, mungkin petua ni boleh membantu.


Gambar ihsan dari Google

Ambil seulas BAWANG PUTIH, bersihkan dan tumbuk hingga lumat (jangan curi lesung batu untuk tumbuk sambal belacan mak anda punya ye). Kemudian gaul sebati dengan perahan AIR LIMAU dan PUTIH TELUR. Ambil beberapa helai tisu dan letak pada bahagian yang berbintik hitam dan putih. Tempelkan bahan-bahan yang dicampurkan tadi diatas tisu dan biar hingga kering. Selepas itu cuci wajah anda dengan air suam.
Mudahkan?!!!!! Tak salah rasanya nak bcuba petua ni sebab bahan-bahan pun murah dan mudah untuk dapatkan. OK apa tunggu lagi..sila lah selongkar dapur sementara mak anda tengah layan cerekarama TV3.

Wednesday, November 16, 2011

Hilangkan Kedut Di Wajah

Penuaan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia. Salah satu symptom penuaan adalah kedutan di bahagian-bahagian tubuh especially wajah. Sometime kita jealous dengan kawan-kawan yang seusia tapi wajah mereka masih bebas kedutan. Nak mencuba produk anti-aging dipasaran tapi belum tentu sesuai dan quite expensive. So ini satu petua yang mungkin berguna pada anda yang ada masalah kedutan diwajah.



Parut CARROT dan campurkan dengan KUNING TELUR dan TEPUNG JAGUNG. Kacau sebati dan jadikan masker. Sapukan pada wajah diwaktu pagi dan malam. 

Tapi jangan pula anda harap wajah anda akan berubah macam wajah opah Anita Sarawak bila mencuba petua ini. Mustahil lah nak jadi macam dia tanpa bantuan doktor dari Las Vegas. Tapi InsyaAllah kedutan diwajah anda akan hilang sikit dan wajah akan nampak lebih berseri.