Showing posts with label wajah. Show all posts
Showing posts with label wajah. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Hilangkan Bintik Hitam dan Putih

Salam
Lama tak update blog ni. Nasib En dan Pn Spider belum sempat buat sarang. Entry kali ni, saya nak berleter pasal cara untuk HILANGKAN BINTIK HITAM DAN PUTIH. Pernah tak anda anda dan anda mengalami masalah ini? Aku selalu jugak. Sometime terpaksa tempek foundation tebal sikit supaya boleh cover bintik-bintik yang tak diingini. Bagi siapa-siapa yang ada masalah yang sama macam aku, mungkin petua ni boleh membantu.


Gambar ihsan dari Google

Ambil seulas BAWANG PUTIH, bersihkan dan tumbuk hingga lumat (jangan curi lesung batu untuk tumbuk sambal belacan mak anda punya ye). Kemudian gaul sebati dengan perahan AIR LIMAU dan PUTIH TELUR. Ambil beberapa helai tisu dan letak pada bahagian yang berbintik hitam dan putih. Tempelkan bahan-bahan yang dicampurkan tadi diatas tisu dan biar hingga kering. Selepas itu cuci wajah anda dengan air suam.
Mudahkan?!!!!! Tak salah rasanya nak bcuba petua ni sebab bahan-bahan pun murah dan mudah untuk dapatkan. OK apa tunggu lagi..sila lah selongkar dapur sementara mak anda tengah layan cerekarama TV3.

Wednesday, November 16, 2011

Hilangkan Kedut Di Wajah

Penuaan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia. Salah satu symptom penuaan adalah kedutan di bahagian-bahagian tubuh especially wajah. Sometime kita jealous dengan kawan-kawan yang seusia tapi wajah mereka masih bebas kedutan. Nak mencuba produk anti-aging dipasaran tapi belum tentu sesuai dan quite expensive. So ini satu petua yang mungkin berguna pada anda yang ada masalah kedutan diwajah.



Parut CARROT dan campurkan dengan KUNING TELUR dan TEPUNG JAGUNG. Kacau sebati dan jadikan masker. Sapukan pada wajah diwaktu pagi dan malam. 

Tapi jangan pula anda harap wajah anda akan berubah macam wajah opah Anita Sarawak bila mencuba petua ini. Mustahil lah nak jadi macam dia tanpa bantuan doktor dari Las Vegas. Tapi InsyaAllah kedutan diwajah anda akan hilang sikit dan wajah akan nampak lebih berseri.