Monday, December 3, 2012

Testimoni : VCO + Collagen from Catalyst

!!! Yu huuuu !!!

Lamanya tak update blog ni. Ok la kali ni tak ada beauty tips dari saya. Just want to share product yang saya telah gunakan. Since saya selamat delivered my first baby last July, saya agak runsing dengan keadaan badan dan muka yang agak tak terurus. Sewaktu kandungan saya masuk bulan ke-7, saya adopt seekor anak kucing yang saya jumpa dalam longkang belakang rumah. Anak kucing tu sangat-sangat agresif. Sewaktu uruskan dia, dia banyak tinggalkan parut cakaran especially kat kaki dan tangan saya. So, saya ingat after pantang saya nak cari produk yang boleh hilangkan kesan-kesan parut tersebut (time pregnant, tak berani nak consume sebarang produk. Saya cuma ambil vitamin dan supplement dari KK)

So, last September (after habis pantang), saya cuba ambil VCO (Virgin Coconut Oil) dan Collagen dari Catalyst. Semuanya bermula coz saya tengok one of my FB friend cantik berseri selepas bersalin. She mention that she been using this product. Saya terpengaruh dengan kegebuan dan kelincinan kulit dia dan terus start consume produk ni.
VCO from Catalyst

Collagen from Catalyst

After consume more than 3 months, saya rasa ... how to say ya..hurmmm....Not too efficient. VCO ada bawa kesan positif pada badan dan kulit saya but Collagen tak seperti yang saya mahukan (untuk hilangkan parut cakaran kucing kat kaki dan tangan). Tuan yang jual produk suruh saya terus consume coz keberkesanan produk ikut badan individu. Ada yang cepat, ada yang lambat. But, after 3 months dah consume..still tak bagi effect seperti yang saya nak..rasanya..its time to start looking for another product (sorry saya bukan penyabar).  Disini saya senaraikan kesan-kesan VCO dan Collagen pada saya after 3 months consume.

Kebaikkan VCO Catalyst yang saya rasa :
- menghilangkan parut jerawat dan strechmark
- kulit tidak mengalami masalah jerawat, berminyak dan kering
- membantu mengurangkan berat badan
- melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
- meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin
- jerawat cepat susut


Kebaikkan Collagen Catalyst yang saya rasa :
- mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
- memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
- mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- mengatasi masalah kulit kusam, berminyak, kering dan berkedut
- membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap dan mudah patah
- menyubur dan menyihatkan rambut 
-  membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh
- menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
- minda lebih cergas dan pergerakkan tubuh menjadi lebih lancar
- badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga

* list kebaikkan VCO dan Collagen Catalyst diatas saya ambil dari blog seorang agent Catalyst
* saya cuma senaraikan kebaikkan yang saya jangka dapat dilihat dalam masa 3 bulan penggunaan 2 produk ini.

Sorry ya bagi pengguna-pengguna VCO dan Collagen Catalyst yang cantik meletop hasil pengambilan produk ni. Saya cuma bercakap benar. Maybe cara saya ambil 2 produk ni salah. Ada yang cakap, kalau nak kesan terbaik, kena sapu VCO tu pada tempat yang berparut. But, kalau nak produk yang kena sapu-sapu ni, better saya beli saja cream anti scar di farmasi. Rite now, saya tengah mengintai Cocoa Collagen Power Plus (CCPP). Still tengah berkira-kira nak mencuba. Risau kalau-kalau pengeluaran susu badan berkurang bila saya start consume CCPP. So, anyone yang dah consume CCPP ni..kalau anda baik hati..sila lah share dengan saya kesan-kesan dia. 

Sunday, November 18, 2012

Nak Banyakkan Susu Badan ?????

Salam

Setelah almost 1 year menyepikan diri, akhirnya saya punya extra masa untuk kongsi petua disini. Last July saya telah berjaya bergelar MAMA. Kehadiran Ali Amrsyar banyak mengubah hidup saya. Sejak diawal pregnancy lagi, saya niat untuk susukan Ali Amrsyar dengan susu badan. Rasanya itu yang terbaik untuk anak saya. So, sejak pregnant lagi saya amalkan petua yang mak cik saya bagi untuk banyakkan susu badan.  Petuanya mudah dan tak mahal. Kira affordable bagi housewife yang tak ada monthly income macam saya. Kalau ikutkan hati memang nak beli macam-macam produk untuk banyakkan susu yang kawan-kawan syorkan. But, rasa malu nak bebankan suami.

Ok la bagi yang sedang pregnant saya pasti anda amalkan untuk minum susu sekurang-kurangnya segelas setiap hari. Sebelum minum, CAMPURKAN BEBERAPA HELAI SAFRON DALAM SUSU YANG ANDA MINUM SETIAP HARI. Oleh kerana masa pregnant dulu saya jenis yang liat minum susu, saya telan safron dengan air saja  (buat macam makan vitamin). Alhamdulillah...sekarang Ali Amrsyar dah 3 bulan setengah dan susu saya cukup untuk dia setiap hari. Selain untuk banyakkan susu badan, safron juga baik untuk kulit. Waktu dalam pantang, setiap kali susukan Ali Amrsyar, susu saya akan meleleh di pipi dia (waktu ni saya tak pandai susukan dia lagi). Saya selalu terlupa nak lap..tapi alhamdulillah Ali Amrsyar tak kena kurap susu. Kulit dia walaupun tak putih tapi bersih. Mungkin ini hasil dari saya amalkan makan safron waktu pregnant dulu.

Safron 
 Selepas lahirkan Amrsyar, saya masih ambil safron tapi cuma seminggu sekali. Selain dari safron, saya juga ambil SUP LOBAK PUTIH untuk banyakkan susu. Tak susah pun untuk masak sup lobak putih. Potong lobak putih nipis-nipis dan masak sup bersama cili merah dan ikan bilis sikit. Mudah kan. Tapi bagi yang dalam pantang, saya tak syorkan sebab ada orang yang badan dia tak tahan coz lobak putih akibatkan badan jadi sejuk.

Lobak Putih
Bagi yang sedang pregnant or dah selamat delivered, maybe anda boleh cuba 2 petua untuk banyakkan susu yang saya bagi, disamping menjaga diet harian dan elakkan stress. Teruskan niat murni anda untuk susukan anak anda kerana  TIADA MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BABY SELAIN SUSU ANDA.