Sunday, November 18, 2012

Nak Banyakkan Susu Badan ?????

Salam

Setelah almost 1 year menyepikan diri, akhirnya saya punya extra masa untuk kongsi petua disini. Last July saya telah berjaya bergelar MAMA. Kehadiran Ali Amrsyar banyak mengubah hidup saya. Sejak diawal pregnancy lagi, saya niat untuk susukan Ali Amrsyar dengan susu badan. Rasanya itu yang terbaik untuk anak saya. So, sejak pregnant lagi saya amalkan petua yang mak cik saya bagi untuk banyakkan susu badan.  Petuanya mudah dan tak mahal. Kira affordable bagi housewife yang tak ada monthly income macam saya. Kalau ikutkan hati memang nak beli macam-macam produk untuk banyakkan susu yang kawan-kawan syorkan. But, rasa malu nak bebankan suami.

Ok la bagi yang sedang pregnant saya pasti anda amalkan untuk minum susu sekurang-kurangnya segelas setiap hari. Sebelum minum, CAMPURKAN BEBERAPA HELAI SAFRON DALAM SUSU YANG ANDA MINUM SETIAP HARI. Oleh kerana masa pregnant dulu saya jenis yang liat minum susu, saya telan safron dengan air saja  (buat macam makan vitamin). Alhamdulillah...sekarang Ali Amrsyar dah 3 bulan setengah dan susu saya cukup untuk dia setiap hari. Selain untuk banyakkan susu badan, safron juga baik untuk kulit. Waktu dalam pantang, setiap kali susukan Ali Amrsyar, susu saya akan meleleh di pipi dia (waktu ni saya tak pandai susukan dia lagi). Saya selalu terlupa nak lap..tapi alhamdulillah Ali Amrsyar tak kena kurap susu. Kulit dia walaupun tak putih tapi bersih. Mungkin ini hasil dari saya amalkan makan safron waktu pregnant dulu.

Safron 
 Selepas lahirkan Amrsyar, saya masih ambil safron tapi cuma seminggu sekali. Selain dari safron, saya juga ambil SUP LOBAK PUTIH untuk banyakkan susu. Tak susah pun untuk masak sup lobak putih. Potong lobak putih nipis-nipis dan masak sup bersama cili merah dan ikan bilis sikit. Mudah kan. Tapi bagi yang dalam pantang, saya tak syorkan sebab ada orang yang badan dia tak tahan coz lobak putih akibatkan badan jadi sejuk.

Lobak Putih
Bagi yang sedang pregnant or dah selamat delivered, maybe anda boleh cuba 2 petua untuk banyakkan susu yang saya bagi, disamping menjaga diet harian dan elakkan stress. Teruskan niat murni anda untuk susukan anak anda kerana  TIADA MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BABY SELAIN SUSU ANDA.