Sunday, February 10, 2013

Pure Marine Collagen (PMC)

Sana sini sinun orang bercakap pasal collagen. Setakat ni saya dah cuba tiga jenis collagen. First collagen from Catalyst, second CCPP and latest one..saya cuba Pure marine collagen aka rumpai laut. Actually baru 1 minggu try, but dah mula rasa kesan. Disebabkan saya duduk di Kota Kinabalu, Sabah, saya boleh beli rumpai laut ni dengan harga yang agak murah. I heard from my sis yang di Semenanjung, harga untuk rumpai laut boleh mencecah RM 20 - 100 gram (tak termasuk postage).
Hommai....Mahalnya !!!!!!!!!!!!

Saya tak mau tulis pasal khasiat rumpai laut coz anda boleh google sendiri. Tapi tujuan saya consume rumpai laut ni untuk kecantikkan. So hasil dari kerja google-men"google", I''ll decided to choose rumpai laut jenis kuning. A little bit murah dari yang warna purple.


PMC gred AA
PMC gred AAA


Oleh sebab PMC yang saya beli jenis yang raw, so saya proses sendiri dirumah. Cara masak PMC ni amat mudah..macam masak agar-agar. Lepas basuh]dan rendam semalamaan, masak 50g PMC bersama 1L air dan 2 helai daun pandan, Masak hingga hancur. iarkan sejuk dan tapisdan tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk. Hasilnya nanti, kita akan dapat PMC dalam bentuk jelly. Saya suka masukkan jelly PMC dalam air ribena sejuk. Nyaman sangat bila minum.


Ribena sejuk bersama jelly PMC

Till now, dah more than 1 week saya consume PMC. Coz saya still BFkan my baby, so saya cuma amalkan jelly PMC satu sudu teh sehari. Dari hasil "google"an juga, saya dapat tau yang mummy yang still BFkan their baby cuma boleh ambil PMC sebanyak maximum 5g sehari. Sebelum tidur pula, saya hancurkan 1 sudu kecil jelly PMC dan tempek kat muka. Biarkan kering selama 30 minit. Muka akan terasa tegang. I thought after basuh muka saya akan jadi kering, but I was wrong. After basuh, kulit muka saya terasa lembab. After 2 or 3 kali amalkan jelly PMC as mask, saya dapati kulit muka saya jadi licin. Kalau nak cerah berseri, maybe kena usaha lebih sikit. 

Ok lah..for those yang berminat nak mencuma PMC ni boleh pm atau tinggalkan comment. kalau baru nak mencua, saya sarankan beli 100g dulu. Cuma RM 13 untuk rumpai laut warna purple dan RM 13 untuk yang bewarna kuning. Harga dah masuk postage. 






Tuesday, January 1, 2013

Cantik dan Sedap : Cocoa Collagen Power Plus (CCPP)

Salam All

Dah lama terasa nak update pasal Cocoa Collagen Power Plus (CCPP), tapi tak masa tak ada. Lately hidup saya busy dengan si kecik Amrsyar yang baru 5 bulan. Malam ni dia tido nyenyak. Siang tadi dia dapat tido sekejap coz temankan Atuk dan Opah selesaikan bayaran umrah di Tabung Haji. Ok la enough story pasal my liltle boy. Meh kita start story pasal CCPP ni.

Sachet CCPP
Kotak CCPP 
Last 3 weeks, after stok Catalyst Collagen saya dah habis, saya start consume CCPP. Saya beli 1 box dulu sewaktu di Kota Kinabalu (RM 20 ada 10 sachets). Tak berani nak try yang pek untuk sebulan coz takut menggangu pengeluaran susu (saya masih fully BF Amrsyar that time). Masa consume VCO dan collagen dari Catalyst, pengeluaran susu saya mampu mengenyangkan Amrsyar. But after start consume CCPP, saya perasan yang my twins sentiasa penuh. Pengeluaran susu saya bertambah.CCPP works as milk booster for me. Kenyang my baby. But last weeks, saya dah start bagi solid food pada Amrsyar. So, dia dah kurang menyusu. Pengeluaran susu saya dah mula kurang dan my twins suppose dah mula kendur. But, sebab saya dah amalkan CCPP lebih awal, Alhamdulillah my twins ok ok saja. So, lepas habis 1 box, saya terus beli 1 pek untuk sebulan. Saya beli dengan harga RM 54 di Kampar (itu pun dah penat tawar). Tak apa la..still murah if compare to VCO + collagen Catalyst. 

Lepas masuk kotak yang ke-2, saya mula perasan kulit muka saya mulai licin dan berseri sikit (masuk bakul angkat sendiri kejap). Then berat saya dah mula susut sikit (around 2 or 3 kilos coz saya kerap membuang). Sakit kat tumit pun dah kurang sikit. Kalau dulu tiap malam kena urut tumit kaki, but now 2 or 3 hari baru terasa sengal. Seperti produk kesihatan/kecantikkan yang lain, pengambilan air kosong yang banyak amat penting. So, if you nak consume CCPP, minum la air banyak-banyak untuk kesan yang terbaik.

CCPP ni walaupun nama dia cocoa..but for me rasa dia lebih kepada kopi / nescafe + susu. As a coffee addict, I love the taste. Saya minum sehari sekali masa breakfast. Masa mula-mula consume memang ada rasa pening-pening sikit, but after 1 week pening tu hilang. Antara kebaikkan CCPP yang saya rasa after consume  2 boxes :

  • Membantu mengimbangi hormon
  • Merangsangk pertumbuhan sel baru/anti kedut 
  • Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mengimbangi berat badan
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
* list kebaikkan CCPP diatas saya ambil dari blog seorang agent CCPP
* saya cuma senaraikan kebaikkan yang saya jangka dapat dilihat dalam masa 3 bulan penggunaan



Will I keep consuming CCPP?
YES sebab harga murah dan mampu beli untuk seorang housewife yang hanya bergantung pada duit hubby.

Sampai bila nak consume?
Maybe sampai bosan or terasa nak cuma produk baru. 

Bagi yang masih mencari produk kecantikkan yang sesuai, cuba la CCPP. Harga pun not bad..so tak rugi melabur sikit untuk mencuba.

Monday, December 3, 2012

Testimoni : VCO + Collagen from Catalyst

!!! Yu huuuu !!!

Lamanya tak update blog ni. Ok la kali ni tak ada beauty tips dari saya. Just want to share product yang saya telah gunakan. Since saya selamat delivered my first baby last July, saya agak runsing dengan keadaan badan dan muka yang agak tak terurus. Sewaktu kandungan saya masuk bulan ke-7, saya adopt seekor anak kucing yang saya jumpa dalam longkang belakang rumah. Anak kucing tu sangat-sangat agresif. Sewaktu uruskan dia, dia banyak tinggalkan parut cakaran especially kat kaki dan tangan saya. So, saya ingat after pantang saya nak cari produk yang boleh hilangkan kesan-kesan parut tersebut (time pregnant, tak berani nak consume sebarang produk. Saya cuma ambil vitamin dan supplement dari KK)

So, last September (after habis pantang), saya cuba ambil VCO (Virgin Coconut Oil) dan Collagen dari Catalyst. Semuanya bermula coz saya tengok one of my FB friend cantik berseri selepas bersalin. She mention that she been using this product. Saya terpengaruh dengan kegebuan dan kelincinan kulit dia dan terus start consume produk ni.
VCO from Catalyst

Collagen from Catalyst

After consume more than 3 months, saya rasa ... how to say ya..hurmmm....Not too efficient. VCO ada bawa kesan positif pada badan dan kulit saya but Collagen tak seperti yang saya mahukan (untuk hilangkan parut cakaran kucing kat kaki dan tangan). Tuan yang jual produk suruh saya terus consume coz keberkesanan produk ikut badan individu. Ada yang cepat, ada yang lambat. But, after 3 months dah consume..still tak bagi effect seperti yang saya nak..rasanya..its time to start looking for another product (sorry saya bukan penyabar).  Disini saya senaraikan kesan-kesan VCO dan Collagen pada saya after 3 months consume.

Kebaikkan VCO Catalyst yang saya rasa :
- menghilangkan parut jerawat dan strechmark
- kulit tidak mengalami masalah jerawat, berminyak dan kering
- membantu mengurangkan berat badan
- melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
- meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin
- jerawat cepat susut


Kebaikkan Collagen Catalyst yang saya rasa :
- mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
- memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
- mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- mengatasi masalah kulit kusam, berminyak, kering dan berkedut
- membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap dan mudah patah
- menyubur dan menyihatkan rambut 
-  membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh
- menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
- minda lebih cergas dan pergerakkan tubuh menjadi lebih lancar
- badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga

* list kebaikkan VCO dan Collagen Catalyst diatas saya ambil dari blog seorang agent Catalyst
* saya cuma senaraikan kebaikkan yang saya jangka dapat dilihat dalam masa 3 bulan penggunaan 2 produk ini.

Sorry ya bagi pengguna-pengguna VCO dan Collagen Catalyst yang cantik meletop hasil pengambilan produk ni. Saya cuma bercakap benar. Maybe cara saya ambil 2 produk ni salah. Ada yang cakap, kalau nak kesan terbaik, kena sapu VCO tu pada tempat yang berparut. But, kalau nak produk yang kena sapu-sapu ni, better saya beli saja cream anti scar di farmasi. Rite now, saya tengah mengintai Cocoa Collagen Power Plus (CCPP). Still tengah berkira-kira nak mencuba. Risau kalau-kalau pengeluaran susu badan berkurang bila saya start consume CCPP. So, anyone yang dah consume CCPP ni..kalau anda baik hati..sila lah share dengan saya kesan-kesan dia. 

Sunday, November 18, 2012

Nak Banyakkan Susu Badan ?????

Salam

Setelah almost 1 year menyepikan diri, akhirnya saya punya extra masa untuk kongsi petua disini. Last July saya telah berjaya bergelar MAMA. Kehadiran Ali Amrsyar banyak mengubah hidup saya. Sejak diawal pregnancy lagi, saya niat untuk susukan Ali Amrsyar dengan susu badan. Rasanya itu yang terbaik untuk anak saya. So, sejak pregnant lagi saya amalkan petua yang mak cik saya bagi untuk banyakkan susu badan.  Petuanya mudah dan tak mahal. Kira affordable bagi housewife yang tak ada monthly income macam saya. Kalau ikutkan hati memang nak beli macam-macam produk untuk banyakkan susu yang kawan-kawan syorkan. But, rasa malu nak bebankan suami.

Ok la bagi yang sedang pregnant saya pasti anda amalkan untuk minum susu sekurang-kurangnya segelas setiap hari. Sebelum minum, CAMPURKAN BEBERAPA HELAI SAFRON DALAM SUSU YANG ANDA MINUM SETIAP HARI. Oleh kerana masa pregnant dulu saya jenis yang liat minum susu, saya telan safron dengan air saja  (buat macam makan vitamin). Alhamdulillah...sekarang Ali Amrsyar dah 3 bulan setengah dan susu saya cukup untuk dia setiap hari. Selain untuk banyakkan susu badan, safron juga baik untuk kulit. Waktu dalam pantang, setiap kali susukan Ali Amrsyar, susu saya akan meleleh di pipi dia (waktu ni saya tak pandai susukan dia lagi). Saya selalu terlupa nak lap..tapi alhamdulillah Ali Amrsyar tak kena kurap susu. Kulit dia walaupun tak putih tapi bersih. Mungkin ini hasil dari saya amalkan makan safron waktu pregnant dulu.

Safron 
 Selepas lahirkan Amrsyar, saya masih ambil safron tapi cuma seminggu sekali. Selain dari safron, saya juga ambil SUP LOBAK PUTIH untuk banyakkan susu. Tak susah pun untuk masak sup lobak putih. Potong lobak putih nipis-nipis dan masak sup bersama cili merah dan ikan bilis sikit. Mudah kan. Tapi bagi yang dalam pantang, saya tak syorkan sebab ada orang yang badan dia tak tahan coz lobak putih akibatkan badan jadi sejuk.

Lobak Putih
Bagi yang sedang pregnant or dah selamat delivered, maybe anda boleh cuba 2 petua untuk banyakkan susu yang saya bagi, disamping menjaga diet harian dan elakkan stress. Teruskan niat murni anda untuk susukan anak anda kerana  TIADA MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BABY SELAIN SUSU ANDA.

Monday, December 5, 2011

Mengelakkan Rambut Gugur

Salam

lamanya aku tak meng"update" petua kat sini. Sorry lah..bukan terlupa, but last week quite a busy week for me coz my parents paid me a visit. Bukan senang Mama dan Abah nak melawat anak yang satu ni. Kena naik bus pagi-pagi buta then naik flight untuk seberang laut. Apapun I was really happy when they were in here...sampai nak on lappy pun tak ada masa.

Ok lah..kali ni aku nak bagi petua untuk melebatkan rambut. Kalau dulu orang kata RAMBUT ITU MAHKOTA WANITA. Tapi sekarang aku rasa rambut bukan saja penting untuk wanita tapi juga untuk lelaki. Kalau tak, tak kan lah korang selalu nampak abang-abang jadi model dalam rancangan Yun Nam Hair Care. Betul tak?!!! Bagi sesetengah wanita pula meskipun bertudung, mesti kita rimas kan kalau rambut asyik gugur ( ponat lah hari-hari nak menyapu lantai ). 

Ini ada satu petua untuk mengelakkan rambut gugur. Ambil sebiji LIMAU NIPIS dan perahkan airnya. Campur dengan PATI SANTAN PEKAT. Lumur atas kepala dan balutkan dengan towel kecik. Biarkan kering. Kemudian basuh rambut dengan shampoo. Amalkan dua kali seminggu. InsyaAllah rambut gugur akan berkurangan. 



Kalau tak ada limau nipis, lumurkan saja pati santan atas kepala. Aku selalu amalkan bila ada lebihan pati santan untuk buat pajeri nenas. Hehehe... tapi bila hubby aku balik kerja, dia akan nyanyi "Aci Aci buka pintu.. Nana balik pukul satu". 

Friday, November 25, 2011

Membersihkan Dapur dan Ketuhar

Salam 
Kali ni tak mau tulis entry pasal petua kecantikkan lagi. Nak lari dari kebiasaan sikit..nak bagi petua dapur pulak. Biasalah kita orang perempuan...sesibuk atau tak pandai masak sekalipun mesti kena masuk dapur kan?!!! Kalau bukan untuk masak..maybe cuma sekadar nak buat milo atau kopi. Tapi kali ni..saya nak bagi petua bagi kakak-kakak (abang-abang pun boleh juga) yang suka memasak. Lepas habis segala eksperimen kita didapur for sure kan dapur atau oven kita jadi kotor skit dgn kesan minyak atau lebihan-lebihan adunan kek yang tertumpah. Tak kan nak biar saja kesan-kesan tu. Kalau dibiar lama nanti susah nak tanggal. Bila mak mentua nak datang rumah baru la mencari segala jenis detergen nak hilangkan kesan-kesan tersebut. Jadi apa kata anda cuba petua ini untuk  MEMBERSIHKAN DAPUR DAN OVEN.


Bersihkan semua tunku dengan cara memberus dan menyabun (guna sabun basuh pinggan pun boleh) berulang kali sampai benar-benar bersih. Kalau ada kesan-kesan kotor yang degil, gosok dengan berus gigi yang dicelup dengan sabun basuh pinggan bersama air perahan lemon. Kalau tiada lemon boleh juga guna soda bikarbonat.

Senang kan?!! Abang-abang pun boleh buat. Tak salahkan sekali-sekala tolong bini di dapur. Kalau tak mampu nak masak..tolong la cuci dapur. Sure..isteri anda akan bertambah sayang.

Monday, November 21, 2011

Minyak Masak Penawar Tumit Pecah

Salam
Anda pernah tak lalu depan kesai kasut dan ternampak satu high heels comel and cute. Anda terus cuba tapiiiiiiiiiii..owh no..TUMIT KAKIKU PECAH !!!!!!!!!!!!!!!!!! Pernah tak? Pernah tak? Aku pernah juga ada pengalaman macam ni. Biasanya aku bagi alasan "Sorry la dik..kasut ni cantik tapi kurang selesa sikit bila akak pakai". Hehehehe..pandai-pandai la kan nak me"reject" something (padahal nak cakap.."sorry la dik..kaki akak berkerak. Malu lah nak pakai sandal comel ni"). Rugi kan terpaksa mengucapkan "Bye Bye" pada sepasang heels yang comel.


Ok lah ini ada satu petua yang mungkin dapat membantu anda. Sebelum tidur, cuci kaki sampai bersih. Jika perlu berus, sila berus dengan berus lembut (berus gigi yang dah kembang pun boleh). Selepas itu keringkan kaki  anda dan tuangkan sedikit MINYAK MASAK ditapak tangan. Lumurkan minyak pada tumit kaki. Kalau anda anda masa, urut sekejap agar minyak dapat meresap ke dalam kulit. Biarkan semalaman. Lakukan setiap malam selama seminggu. InsyaAllah tumit kaki anda akan beransur-ansur lembut dan licin. Kalau anda rasa takut minyak terkena cadar, anda boleh pakai stoking as protection. 

Semua gambar ihsan dari Google
Aku selalu juga guna petua ni..tapi instead of minyak masak, aku gantikan dengan MINYAK GAMAT or OLIVE OIL. Kalau dah desperate sangat baru aku paw minyak masak mak aku. Hehehe...Kalau paw selalu sangat nanti tak bergoreng pulak ikan kat rumah ni. Ok lah selamat mencuba petua ni.