Monday, November 21, 2011

Minyak Masak Penawar Tumit Pecah

Salam
Anda pernah tak lalu depan kesai kasut dan ternampak satu high heels comel and cute. Anda terus cuba tapiiiiiiiiiii..owh no..TUMIT KAKIKU PECAH !!!!!!!!!!!!!!!!!! Pernah tak? Pernah tak? Aku pernah juga ada pengalaman macam ni. Biasanya aku bagi alasan "Sorry la dik..kasut ni cantik tapi kurang selesa sikit bila akak pakai". Hehehehe..pandai-pandai la kan nak me"reject" something (padahal nak cakap.."sorry la dik..kaki akak berkerak. Malu lah nak pakai sandal comel ni"). Rugi kan terpaksa mengucapkan "Bye Bye" pada sepasang heels yang comel.


Ok lah ini ada satu petua yang mungkin dapat membantu anda. Sebelum tidur, cuci kaki sampai bersih. Jika perlu berus, sila berus dengan berus lembut (berus gigi yang dah kembang pun boleh). Selepas itu keringkan kaki  anda dan tuangkan sedikit MINYAK MASAK ditapak tangan. Lumurkan minyak pada tumit kaki. Kalau anda anda masa, urut sekejap agar minyak dapat meresap ke dalam kulit. Biarkan semalaman. Lakukan setiap malam selama seminggu. InsyaAllah tumit kaki anda akan beransur-ansur lembut dan licin. Kalau anda rasa takut minyak terkena cadar, anda boleh pakai stoking as protection. 

Semua gambar ihsan dari Google
Aku selalu juga guna petua ni..tapi instead of minyak masak, aku gantikan dengan MINYAK GAMAT or OLIVE OIL. Kalau dah desperate sangat baru aku paw minyak masak mak aku. Hehehe...Kalau paw selalu sangat nanti tak bergoreng pulak ikan kat rumah ni. Ok lah selamat mencuba petua ni.

2 comments:

  1. Boleh cuba ni sebab tapak kaki saya kering, pakai krim tak menjadi.

    Mujo ada minyak masak kat dapur..hehehe :-)

    ReplyDelete
  2. cuba cheqna...jgn x cuba..insyaAllah menjadi

    ReplyDelete