Friday, November 25, 2011

Membersihkan Dapur dan Ketuhar

Salam 
Kali ni tak mau tulis entry pasal petua kecantikkan lagi. Nak lari dari kebiasaan sikit..nak bagi petua dapur pulak. Biasalah kita orang perempuan...sesibuk atau tak pandai masak sekalipun mesti kena masuk dapur kan?!!! Kalau bukan untuk masak..maybe cuma sekadar nak buat milo atau kopi. Tapi kali ni..saya nak bagi petua bagi kakak-kakak (abang-abang pun boleh juga) yang suka memasak. Lepas habis segala eksperimen kita didapur for sure kan dapur atau oven kita jadi kotor skit dgn kesan minyak atau lebihan-lebihan adunan kek yang tertumpah. Tak kan nak biar saja kesan-kesan tu. Kalau dibiar lama nanti susah nak tanggal. Bila mak mentua nak datang rumah baru la mencari segala jenis detergen nak hilangkan kesan-kesan tersebut. Jadi apa kata anda cuba petua ini untuk  MEMBERSIHKAN DAPUR DAN OVEN.


Bersihkan semua tunku dengan cara memberus dan menyabun (guna sabun basuh pinggan pun boleh) berulang kali sampai benar-benar bersih. Kalau ada kesan-kesan kotor yang degil, gosok dengan berus gigi yang dicelup dengan sabun basuh pinggan bersama air perahan lemon. Kalau tiada lemon boleh juga guna soda bikarbonat.

Senang kan?!! Abang-abang pun boleh buat. Tak salahkan sekali-sekala tolong bini di dapur. Kalau tak mampu nak masak..tolong la cuci dapur. Sure..isteri anda akan bertambah sayang.

Monday, November 21, 2011

Minyak Masak Penawar Tumit Pecah

Salam
Anda pernah tak lalu depan kesai kasut dan ternampak satu high heels comel and cute. Anda terus cuba tapiiiiiiiiiii..owh no..TUMIT KAKIKU PECAH !!!!!!!!!!!!!!!!!! Pernah tak? Pernah tak? Aku pernah juga ada pengalaman macam ni. Biasanya aku bagi alasan "Sorry la dik..kasut ni cantik tapi kurang selesa sikit bila akak pakai". Hehehehe..pandai-pandai la kan nak me"reject" something (padahal nak cakap.."sorry la dik..kaki akak berkerak. Malu lah nak pakai sandal comel ni"). Rugi kan terpaksa mengucapkan "Bye Bye" pada sepasang heels yang comel.


Ok lah ini ada satu petua yang mungkin dapat membantu anda. Sebelum tidur, cuci kaki sampai bersih. Jika perlu berus, sila berus dengan berus lembut (berus gigi yang dah kembang pun boleh). Selepas itu keringkan kaki  anda dan tuangkan sedikit MINYAK MASAK ditapak tangan. Lumurkan minyak pada tumit kaki. Kalau anda anda masa, urut sekejap agar minyak dapat meresap ke dalam kulit. Biarkan semalaman. Lakukan setiap malam selama seminggu. InsyaAllah tumit kaki anda akan beransur-ansur lembut dan licin. Kalau anda rasa takut minyak terkena cadar, anda boleh pakai stoking as protection. 

Semua gambar ihsan dari Google
Aku selalu juga guna petua ni..tapi instead of minyak masak, aku gantikan dengan MINYAK GAMAT or OLIVE OIL. Kalau dah desperate sangat baru aku paw minyak masak mak aku. Hehehe...Kalau paw selalu sangat nanti tak bergoreng pulak ikan kat rumah ni. Ok lah selamat mencuba petua ni.

Saturday, November 19, 2011

Hilangkan Bintik Hitam dan Putih

Salam
Lama tak update blog ni. Nasib En dan Pn Spider belum sempat buat sarang. Entry kali ni, saya nak berleter pasal cara untuk HILANGKAN BINTIK HITAM DAN PUTIH. Pernah tak anda anda dan anda mengalami masalah ini? Aku selalu jugak. Sometime terpaksa tempek foundation tebal sikit supaya boleh cover bintik-bintik yang tak diingini. Bagi siapa-siapa yang ada masalah yang sama macam aku, mungkin petua ni boleh membantu.


Gambar ihsan dari Google

Ambil seulas BAWANG PUTIH, bersihkan dan tumbuk hingga lumat (jangan curi lesung batu untuk tumbuk sambal belacan mak anda punya ye). Kemudian gaul sebati dengan perahan AIR LIMAU dan PUTIH TELUR. Ambil beberapa helai tisu dan letak pada bahagian yang berbintik hitam dan putih. Tempelkan bahan-bahan yang dicampurkan tadi diatas tisu dan biar hingga kering. Selepas itu cuci wajah anda dengan air suam.
Mudahkan?!!!!! Tak salah rasanya nak bcuba petua ni sebab bahan-bahan pun murah dan mudah untuk dapatkan. OK apa tunggu lagi..sila lah selongkar dapur sementara mak anda tengah layan cerekarama TV3.

Wednesday, November 16, 2011

Hilangkan Kedut Di Wajah

Penuaan adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia. Salah satu symptom penuaan adalah kedutan di bahagian-bahagian tubuh especially wajah. Sometime kita jealous dengan kawan-kawan yang seusia tapi wajah mereka masih bebas kedutan. Nak mencuba produk anti-aging dipasaran tapi belum tentu sesuai dan quite expensive. So ini satu petua yang mungkin berguna pada anda yang ada masalah kedutan diwajah.



Parut CARROT dan campurkan dengan KUNING TELUR dan TEPUNG JAGUNG. Kacau sebati dan jadikan masker. Sapukan pada wajah diwaktu pagi dan malam. 

Tapi jangan pula anda harap wajah anda akan berubah macam wajah opah Anita Sarawak bila mencuba petua ini. Mustahil lah nak jadi macam dia tanpa bantuan doktor dari Las Vegas. Tapi InsyaAllah kedutan diwajah anda akan hilang sikit dan wajah akan nampak lebih berseri. 

Welcome Welcome Dear !!!!

Salam


This is my 1st entry and I would like to welcome all readers. Selamat datang ke blog saya. Saya tak minat nak jadi famous blogger. Saya ber"blog" sebab saya ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat masa terluang dan saya  jugak ada banyak idea dan info yang maybe berguna pada orang lain juga. Jadi saya decide untuk berkongsi cerita saya dengan anda anda anda semua. Disamping dapat menolong orang lain,InsyaAllah saya juga dapat sikit saham diakhirat. So, please visit and follow me if you like my blog. 

Tata.. saya nak tulis first entry saya.